Dalam menjadi seorang Aku, aku belajar beberapa perkara yang penting yang selama ini aku tinggalkan..
Aku belajar yang perlunya mendengar daripada didengar..
kadang-kala aku terleka dengan kemanisan yang aku nikmati..
kadang-kala aku terlupa akan kemanisan yang Dia beri..
Aku sedar betapa pentingnya mendengar daripada didengar
Aku sedar yang kadang-kala didengar itu bukannya sesuatu yang bernas dan penuh isinya..
Namun..
Aku masih belajar,
belajar menempuhi dan menghadapi ujian dariNya..
kadang-kala aku tewas
kadang-kala aku dapat menghadapinya.
Dan aku sedar walaupun aku bersendirian,
akan ada insan-insan yang mendampingiku dan menolongku
walaupun aku jarang mendengar
walaupun aku selalu didengar
Aku harap itu bukan penutupnya
kerana Aku masih ingin mendengar.
No comments:
Post a Comment