Tuesday, August 9, 2011

Horror in Hostel 2


Setiap perkara yg terjadi pasti ada sebabnya. Dan dalam cerita ni,setiap kejadian yang berlaku sebenarnya membawa pengajaran bermakna yang seharusnya tidak sekali-kali dilupakan.

Ini adalah kejadian BBQ yang benar2 berlaku di kampusku dan aku sendiri mengalaminya depan mata.



Alkisahnya begini, dua semester lalu..dalam bulan 3 ketika final exams,kakak2 yang nak grad ni mencadangkan BBQ diadakan bersama2 roomate masing2. Jadi setelah dikumpul,dalam 10 orang ikut BBQ ni. Dan ini termasuklah aku,dan Kak Nina,roomateku.

BBQ ni bermula jam 5 dengan proses pembakaran,penyediaan dan lain-lain. Dalam pukul 7 setengah, kami pun start makan beramai2. Tempat kami BBQ ni hanyalah dalam 50 meter dari hostel kami,yakni berdekatan sungai di bawah jambatan kampus. Kami memasak dekat area2 situ dan kami duduk makan di lorong pejalan kaki (sebab lorong itu sahaja yang ada lampu).

Setelah azan solat Maghrib berkumandang, kami masih lagi duduk di lantai sambil bercerita. Keadaan sekeliling pun gelap. Dalam suasana gelap dan sunyi, aku mencadangkan supaya bercerita tentang hantu.

Selepas aku mencadangkan hal tu, Fiza yang duduk di hadapanku segera bersuara kerana ingin bercerita tentang ceritanya. Tetapi sebelum dia bermula,dia melihat ke belakangku sambil mulut tertutup. Keadaan sunyi.

Utk pengetahuan, belakangku adalah sungai Pusu yang gelap gelita. Dan apabila aku menoleh ke belakangku, aku melihat satu susuk putih dan berkopiah seperti sedang memanggil kami dengan lenggok tangannya ke tempatnya.Susuk tubuh itu berada di seberang sungai.




Aku dan Fiza terdiam sebentar.

'Cuba korang tengok tu',kata Fiza.



Sebelum sempat yang lain menoleh, Kak Nina berkata,

'Eleh,tu kan pemancing yang selalu memancing situ'

Selepas mendengar kata Kak Nina, aku pun menyambung makan tanpa memikirkan sangat kejadian tadi. Namun, aku hairan, dalam keadaan gelap gelita,susuk tubuh itu dilingkari cahaya umpama ada lampu di situ sedangkan tidak ada lampu di area sungai tersebut.

Setelah makan,kami pun bergilir2 menunaikan solat maghrib. Setelah semuanya selesai makan, kami pun berkemas2.

Salah seorang kwnku, Kak Su ingin membuang lebihan arang ke sungai tersebut. Setelah dia membuang sampah tersebut, slh seorg rakan kami menegur kenapa membuangnya ke dalam sungai. Ini kerana dia percaya kita tidak boleh sewenang2nya membuang sampah ke kawasan yang tidak kita kenali.

Kak Su yang mendengar hal tersebut merasa takut dan dia hanya dapat menenangkan dirinya dengan mengatakan dia ada membaca doa sebelum mebuang sampah tersebut.

The story goes on..

Malam tu, aku lepak di bilik Kak Nina dan menanyakan hal susuk tubuh tadi. Aku bertanya dari mana dia tahu susuk itu pemancing sedangkan pemancing hanya akan memancing selepas Isyak.

Kak Nina pun berkata, 'Akak sengaja cakap macam tu sebab nanti semua lari lintang pukang'

Aku terkedu. Jadi apa yang kami nampak tadi adalah.....

Aku tahu sekiranya kami berdua memikirkan benda ini,memang kami takkan dapat tidur lena. Jadi aku pun berkata,

'Mungkin dia suruh kita sembahyang Maghrib la tu kak,sebab tu dia menjelma time tu'

Hoooooo~ Aku ni pun cakap utk menyedapkan hati.

Hal ni kami ceritakan kepada 2 junior/roomate kami. Dan mereka pun rasa lain semacam.

Mesti kamu ingat cerita ni sudah habis kan? Belum lagi..

Besoknya, Kak Nina menceritakan dia dikacau di bilik dengan lokernya seperti dibuka-buka.Dan seorang roomateku juga mendengar bunyi ketukan di tingkapnya malam itu. Woooo..



Dan aku? Aku tidur awal dan lena dan tidur mati malam itu. Dan roomate2ku sentiasa membuat konklusi yang aku mungkin ada saka sebab setiap kali aku tidur awal,pasti ada yang tidak diingini berlaku. Iyala tu~

Kesimpulannya, benarlah kata orang2 tua, kalau dah maghrib tu,janganlah di luar rumah..dan.. janganlah membuang sampah merata2 kerana bukan sahaja menyebabkan pencemaran tapi juga gangguan mistik..

Sehingga post seterusnya.

Friday, August 5, 2011

Horror in Hostel (in BM)

Ni cerita benar yang berlaku oleh juniors a.k.a roomateku dua semester lepas. Ingatla bilikku itu bilik 3.7.. Dan cerita ini adalah cerita yang aku ingat essencenya saja dan kemungkinan ada fakta2 yang tertinggal. Tetapi, cerita ni adalah cerita benar.

Kisah ini berlaku pada hari thaipusam tahun ini. Dan dua junior ini, I dan F pergilah ke Bandar Tasik Selatan utk beli tiket balik johor. Sudah namanya cuti,mestila ramai orang kan dan dorang ni naiklah komuter. Dalam komuter ni, si F ni terlepasla cakap yang dia tak sanggup hidu bau ketiak orang yang menyambut perayaan ni. Untuk pengetahuan, komuter yang dorang naik penuh dengan orang2 yang baru balik dari Bt Caves.

Alkisahnya, malam tu bermula sesuatu yang horror. Salah satu perkara pelik yg blaku adalah kedua2 senior dlm bilik yakni aku dan kak Nina tidur awal malam tu. Aku pun pelik juga dengan apa yang berlaku dengan aku. Bayangkanlah, tak pernah dlm profession ak sbg seorg yg suka tgk movie di laptop,tetiba tertutup mata tepat jam 12..depan movie pula tu. Kalau dalam pawagam,memanglah pernah. Atleast klu aku penat nak tidur pun,aku akan sempat tutup movie,laptop dan terus tidur. Ni memang pelik. Memang ‘benda’ tu suruh tidur kot sebab dia nak kacau junior ni.

Lagi satu, kak Nina yang selalu tidur lewat ni pun tiba2 tidur awal,sampai pagi pula tu. Selalu dia ni tidur awal, bangun jam 4pagi mandi manda. Tapi bukan malam ni. Wuuuuuu..

So, dikacaulah si F mlm tu… Menurut cerita, jam 4.30 pagi,si F ni dengarlah suara somebody menyanyi lagu P. Ramlee..(Harus diingat,seluruh bilik gelap..setiap compartment tutup lampu masing2).

Si F ni pun ambillah al-Quran dan letakkan di dadanya. Nak tau apa ‘benda’ tu ckp?

..’Ai,letak Quran di dada nampak’..

Fuhhh~ si F ni nak panggil senior2 pun bilik dah gelap semua,semua tidur mati pula tu. So, dia pun hidupkan lampu sambil mata memang tak boleh tidur.

Dan bila dia baring, ‘benda’ ni mencapai tangannya dari belakang ke bahu si Farah ni menerusi lubang yang menjadi perantaraan setiap compartment (Budak mahallah pasti tau lubang ni).

Kiranya macam2 jugalah dia dikacau benda tu. Bila sampai subuh barulah benda tu hilang. Dan si F ni dapatlah tidur. Huhuhu..

Menerusi apa yang diceritakan, the moral of the story,kita hormatilah orang,jaga mulut terutama di tempat awam ni..

Who knows, maybe benda tu benda yang terlepas dari upacara thaipusam yang sememangnya terkenal dengan upacara spirit keluar dari badan. Maybe benda tu dari 60an,yalah siap tau lagu P.Ramlee gitu..hehe

Banyak lagi yang berlaku di bilik hostelku ni. Nantikan~