Friday, August 5, 2011

Horror in Hostel (in BM)

Ni cerita benar yang berlaku oleh juniors a.k.a roomateku dua semester lepas. Ingatla bilikku itu bilik 3.7.. Dan cerita ini adalah cerita yang aku ingat essencenya saja dan kemungkinan ada fakta2 yang tertinggal. Tetapi, cerita ni adalah cerita benar.

Kisah ini berlaku pada hari thaipusam tahun ini. Dan dua junior ini, I dan F pergilah ke Bandar Tasik Selatan utk beli tiket balik johor. Sudah namanya cuti,mestila ramai orang kan dan dorang ni naiklah komuter. Dalam komuter ni, si F ni terlepasla cakap yang dia tak sanggup hidu bau ketiak orang yang menyambut perayaan ni. Untuk pengetahuan, komuter yang dorang naik penuh dengan orang2 yang baru balik dari Bt Caves.

Alkisahnya, malam tu bermula sesuatu yang horror. Salah satu perkara pelik yg blaku adalah kedua2 senior dlm bilik yakni aku dan kak Nina tidur awal malam tu. Aku pun pelik juga dengan apa yang berlaku dengan aku. Bayangkanlah, tak pernah dlm profession ak sbg seorg yg suka tgk movie di laptop,tetiba tertutup mata tepat jam 12..depan movie pula tu. Kalau dalam pawagam,memanglah pernah. Atleast klu aku penat nak tidur pun,aku akan sempat tutup movie,laptop dan terus tidur. Ni memang pelik. Memang ‘benda’ tu suruh tidur kot sebab dia nak kacau junior ni.

Lagi satu, kak Nina yang selalu tidur lewat ni pun tiba2 tidur awal,sampai pagi pula tu. Selalu dia ni tidur awal, bangun jam 4pagi mandi manda. Tapi bukan malam ni. Wuuuuuu..

So, dikacaulah si F mlm tu… Menurut cerita, jam 4.30 pagi,si F ni dengarlah suara somebody menyanyi lagu P. Ramlee..(Harus diingat,seluruh bilik gelap..setiap compartment tutup lampu masing2).

Si F ni pun ambillah al-Quran dan letakkan di dadanya. Nak tau apa ‘benda’ tu ckp?

..’Ai,letak Quran di dada nampak’..

Fuhhh~ si F ni nak panggil senior2 pun bilik dah gelap semua,semua tidur mati pula tu. So, dia pun hidupkan lampu sambil mata memang tak boleh tidur.

Dan bila dia baring, ‘benda’ ni mencapai tangannya dari belakang ke bahu si Farah ni menerusi lubang yang menjadi perantaraan setiap compartment (Budak mahallah pasti tau lubang ni).

Kiranya macam2 jugalah dia dikacau benda tu. Bila sampai subuh barulah benda tu hilang. Dan si F ni dapatlah tidur. Huhuhu..

Menerusi apa yang diceritakan, the moral of the story,kita hormatilah orang,jaga mulut terutama di tempat awam ni..

Who knows, maybe benda tu benda yang terlepas dari upacara thaipusam yang sememangnya terkenal dengan upacara spirit keluar dari badan. Maybe benda tu dari 60an,yalah siap tau lagu P.Ramlee gitu..hehe

Banyak lagi yang berlaku di bilik hostelku ni. Nantikan~

No comments:

Post a Comment